Tak kisah anda jual tepi jalan, freelance, makcik kuih, rider, atau bisnes kecik – eMikroInvois memang untuk korang!
Invois simple, tak serabut. Klik-klik siap, edit puas hati selagi belum submit ke LHDN.
Tentang Kami
Kami faham ramai peniaga kecilan, freelance, dan bisnes mikro kat Malaysia struggle nak ikut sistem e-Invoice. Sebab tu kami buat eMikroInvois – supaya semua orang boleh comply, fokus untuk invois sahaja, tak kira tahap IT macam mana pun.
Tak perlu training, tak perlu baca manual tebal. Semua step direct, klik-klik siap invois.
Lepas siap invois, boleh terus share kat WhatsApp customer. Tak payah copy-paste, semua auto!
Selagi belum submit ke LHDN, boleh ubah invois ikut suka. Takde stress, takde limit!
Ciri-ciri Power
Tak perlu sistem besar-besar, cukup yang penting je. Semua ciri memang untuk mudahkan hidup peniaga mikro.
eMikroInvois dah siap ikut semua syarat LHDN. Tak payah risau, semua dah ready untuk submit.
Tiada maklumat pelanggan? Tiada masalah, terus hantar invois sebagai Consolidated eInvois
Hanya perlu masukkan Client ID dan Secret Key Anda dari LHDN MyTax Portal
Boleh semak status eInvois yang telah dihantar kepada LHDN secara langsung
Takde menu pelik-pelik, takde borang panjang. Semua info ringkas, terus boleh buat invois.
1
Isi sikit je, invois terus siap. Tak sampai 2 minit!
2
Terus share invois kat customer, senang follow up payment.
Takde fungsi pelik-pelik, memang untuk buat invois je. Nak comply LHDN, guna eMikroInvois.
✅ Edit invois selagi belum submit ke LHDN
✅ Simpan rekod lama, boleh rujuk bila-bila
✅ Sesuai digunakan kat PC
Client
Pelanggan kami dari pelbagai latar belakang, dari peniaga kecilan hingga freelancer. Mereka semua setuju – eMikroInvois memang mudah dan cepat!
" eMikroInvois ini mudahkan saya untuk start belajar menggunakan eInvois LHDN, mudah dan straighforward "
- Rahman Razak, Peniaga Sole Props
" Saya gemar buat fokus Invois sahaja, tidak perlukan lain lain seperti Debit Note, Refund Note dll, pening dan tak relevan dengan nature bisnes saya...eMikrovois banyak membantu saya untuk fokus untuk Invois sahaja"
- Puan Rafdhah, Freelancer Jahit Baju
" Walaupun saya jual nasi lemak tepi jalan je, tapi saya nak cuba sistem yang mudahkan saya try eInvois, ternyata sistem ni banyak beri tunjuk ajar secara padat. Terbaik. "
- Makcik Rahmah, Peniaga Nasi Lemak Tepi Jalan
" Saya suka sebab invois boleh terus share kat WhatsApp customer, tak payah copy-paste. Memang jimat masa! "
- Amirul, Freelance Designer
" eMikroInvois ni memang sesuai untuk peniaga kecilan macam saya. Tak perlu pening kepala, semua simple dan straight forward. "
- Siti, Peniaga Kecil Online
Jika ada apa-apa soalan atau perlukan bantuan, kami sedia membantu. Hubungi kami melalui email di bawah.